Wednesday, October 13, 2010

Umat yg kiamat..

Apabila wahyu dan sabda menjadi hikayat..
Maka hawa dan cita-cita menjadi kiblat..
Lalu apa yang menimpa mereka hanyalah
suatu ceritera surat,
walau hakikatnya kita seumat..

Apalagi yang hendak dilihat
Sesungguhnya kita sedang kiamat…

Untung nasib andai tersisa dikalangan
secebis yang masih menggenggam amanat..

Ataukah terpedaya lalu menjerumus
kejurang celaka menyerta golongan-
golongan yang khianat??





…ofis - 18 mac 2008

Hati itu terus berbisik...

Dan aku makhlukMu yg serba lemah…
Seringkali aku tersimpang
Maka pimpinlah Engkau akan jalanku

Dan seringkali aku tersalah
Walau sering kutahu akan mengundang murkaMu
Maka maafkanlah Engkau akan kesalahanku
Maka ampunkanlah Engkau akan dosa-dosaku

Sesungguhnya aku telah disedarkanMu
Bahawa kitab itu petunjuk ke jalan yang lurus
Menuntun kepada hakikat bahagia
Bahawa sunnah NabiMu itu sebaik-baik ikutan
Menjauh dari siksa celaka

Namun…

Masih aku memandang pada yang fana
Dan masih aku terleka dari yang baqa

...

Ampunkan daku wahai Tuhanku

Ampunkan daku wahai Tuhanku

Ampunkan daku…