Wednesday, October 13, 2010

Umat yg kiamat..

Apabila wahyu dan sabda menjadi hikayat..
Maka hawa dan cita-cita menjadi kiblat..
Lalu apa yang menimpa mereka hanyalah
suatu ceritera surat,
walau hakikatnya kita seumat..

Apalagi yang hendak dilihat
Sesungguhnya kita sedang kiamat…

Untung nasib andai tersisa dikalangan
secebis yang masih menggenggam amanat..

Ataukah terpedaya lalu menjerumus
kejurang celaka menyerta golongan-
golongan yang khianat??





…ofis - 18 mac 2008

Hati itu terus berbisik...

Dan aku makhlukMu yg serba lemah…
Seringkali aku tersimpang
Maka pimpinlah Engkau akan jalanku

Dan seringkali aku tersalah
Walau sering kutahu akan mengundang murkaMu
Maka maafkanlah Engkau akan kesalahanku
Maka ampunkanlah Engkau akan dosa-dosaku

Sesungguhnya aku telah disedarkanMu
Bahawa kitab itu petunjuk ke jalan yang lurus
Menuntun kepada hakikat bahagia
Bahawa sunnah NabiMu itu sebaik-baik ikutan
Menjauh dari siksa celaka

Namun…

Masih aku memandang pada yang fana
Dan masih aku terleka dari yang baqa

...

Ampunkan daku wahai Tuhanku

Ampunkan daku wahai Tuhanku

Ampunkan daku…

Thursday, September 24, 2009

Dua2 Pun Salah...


alkisah, pada suatu hari bercerita seorang sahabat kepada aku darihal seorang rakannya, wanita merangkap isteri seseorang...

"suaminya seorang kaki hutang. tak cukup dengan hutang kereta dan rumah, ditambah lagi dengan personal loan dan kad kredit.. namun begitu, lagak suaminya seperti orang yang tidak bermasalah. masih dengan gaya hidup mewah. akhirnya gajinya terpaksa dihabiskan untuk membayar hutang2 suaminya. dah tau tak mampu, buat loan beli rumah besar, kereta pun nak yang ada class. nak kawin buat loan ribu2.. ye la, nak majlis yang grandkan... sekarang perempuan tersebut merasa amat kecewa dengan sikap suaminya yang tak bertanggungjawab itu..."

komen sahabatku, "tak ke itu dayus dan tak bertanggungjawab namanya? lelaki seperti suaminya itu hanya mencemarkan imej lelaki2 khususnya yang bergelar suami!!"

lalu bertanyalah aku kepada sahabatku, "andaikatalah dahulunya lelaki tersebut datang kepada wanita tersebut dengan imej yang tak seberapa, kereta yang takde class, rumah yang cukup hanya untuk berteduh dan bukan bermewah2an.. adakah dia akan 'memandang' kepadanya?

nah, lalu lelaki itu berbelanja - loan - besar untuk kereta yang mahal, rumah yang mahal, imej yang hebat dan mewah, untuk apa? bukan ke demi memenuhi citarasa wanita idaman hati??"

so
sekarang, siapa yang salah!?"

Tuesday, September 8, 2009

Alkisah Sang Jemari...

Akhirnya, bermula jua tarian Sang Jemari... buat kali pertama dengan langkah2 yang agak 'kayu' dan sumbang.. diatas pentas yang tak berpenonton. tiada sorakan. tiada perhatian. tiada kritis. tiada kritik..
Tapi rasanya bukan tiada semua itu.. Mungkin masih belum ada..
"Baguslah, aku tak perlu gemuruh disorak, sakit dicerca ataupun hanyut dikipas.." Sang Jemari berbisik menyedapkan hati sendiri.
"Tapi sampai bila aku mau begini? Teringin juga hendak menari bersama2 mereka yang handal dan berpengalaman.. Dengan tarian yang teratur, tersusun, mengikut irama dan rentak suasana.. Bila agaknya ya..
Ah, mereka pun dahulu bermula sumbang seperti aku juga", bisikan menyedapkan hati sendiri lagi.

Penglipur Lara


Malam tadi aku jalan2 kat Mydin Mall. Waktu aku keluar dari Mydin tu, tup2 kat nak masuk parking tu ada orang jual buku.. koleksi gila2 dan novel2 keluaran penerbit yang sama. kalau buku2 lama tu harga just sekitar Rm1.50 - Rm3.00 je. Hm..
Aku beli 2 3 buku yang agak menarik tajuknya. Antaranya satu novel yang bertajuk 'Falsafah Bodoh-bodoh'. Dikarang oleh Misyar. Kulit depan dihiasi illustrasi sebuah watak seorang lelaki yang berpakaian ala timur tengah dengan misai melentik dan air muka yang sengal. Aku kira kandungan buku tersebut adalah falsafah2 ysng lucu dan bodoh2 seperti tajuknya..
Dah nak tidur baru aku belek buku tu. Buku novel rupanya. Macam novel hikayat. Masuk perenggan ketiga aku dah tersenyum seorang. Ceritanya bagus. Santai tapi bermesej. Isu dan topik2 yang agak berat diselitkan secara kelakar tapi sinis..
Bagi aku, ia sebuah ceritera penglipur lara yang menarik..